LATAR BELAKANG

Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri (P4P) mula ditubuhkan pada April 2019 iaitu hasil penstrukturan semula oleh pihak pengurusan UniSZA pada tahun 2019.

P4P terdiri daripada Seksyen Penjanaan Pendapatan dan Pelaburan, Seksyen Pendidikan Berterusan dan Metro UniSZA@KL.

Penstrukturan baharu ini dilihat mampu memperkemaskan lagi struktur sedia ada dalam membina pasukan yang agresif dalam mencapai objektif penubuhan P4P terutamanya dalam menjalankan aktiviti penjanaan pendapatan dan pelaburan.