PROGRAM KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) 2018

Program ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan kursus Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum (DWP 10603). Kursus ini merupakan kursus wajib diambil oleh semua pelajar DPLI, para pelajar perlu merancang, melaksana dan mengurus segala perkara yang berkaitan dengan penganjuran program kokurikulum ini.

Perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif (Naib Canselor UniSZA dan turut dihadiri oleh Y. Brs Prof Dr. Abdul Hakim bin Abdullah (Dekan FKI), Y. Brs Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin (Pengarah CCE), Y. Brs Dr. Mohamad Zaidin bin Mat (Tim. Dekan, FKI), Y. Brs Dr. Aznida Hayati binti Zakaria (Tim. Pengarah CCE), Y. Brs Dr. Zawawi bin Yusoff (Ketua Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah & Peradaban Islam), En. Abd Aziz bin Sulaiman (Penyelaras Program DPLI & ISMPPI).

Seramai 109 pelajar dan 10 pensyarah @ pengajar DPLI menyertai pertandingan hari ini.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah menjayakan program hari ini.

#UniSZAPastiTahu
#IlmuDanAkhlak
#IngatGanuIngatUniSZA
#ILoveUniSZA

qq7
qq4
qq5
qq6
qq3
qq1
qq2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *