Pendaftaran khas program DPLI kerjasama UniSZA dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Pendaftaran khas program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah kerjasama UniSZA dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Seramai 50 guru-guru Sekolah Rendah Darul Iman, Madrasah Moden dan SMA Kerajaan Negeri Terengganu telah mendaftar hari ini.

Proses pendaftaran dan Taklimat telah dihadiri oleh Tn. Hj Sahari Anuar Hj Ahmad, Penolong Kanan Pesuruhjaya, Pengurusan Sumber Manusia (Bahagian Pendidikan) dan Ustaz Muhammad Al-Hafiz, JHEAT, Ustaz Abdul Qahhar (Wakil FKI) serta warga kerja Pusat Pendidikan Berterusan.

Kerjasama yang erat daripada Pusat Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Bendahari dan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dalam memastikan proses pendaftaran dapat dijalankan pada singkat dan teratur.

Selamat datang dan Tahniah kepada semua pelajar batch sulung kerjasama UniSZA dan JHEAT 2019.

Bersama UniSZA dan CCE Gemilangkan Masa Depanmu.

#UniSZAPastiTahu
#IlmuDanAkhlak
#IngatGanuIngatUniSZA
#ILoveUniSZA

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *