KATA ALUAN PENGARAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang ke laman web Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri Universiti Sultan Zainal Abidin. Saya selaku Pengarah (Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri) amat berbesar hati atas kunjungan anda ke laman web ini.

Objektif utama penubuhan Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri adalah untuk menjadi pusat paling inovatif bagi penjanaan pendapatan dan pelaburan dari kalangan univeristi awam. Sebagai pusat tanggungjawab yang ‘bongsu’ di UniSZA dan bernaung di bawah Pengarah (Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri) adalah menjadi harapan agar Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri menjadi pemacu dalam meningkatkan dan melancarkan lagi urusan penjanaan pendapatan bagi pihak universiti.

Semoga laman ini akan menjadi wadah untuk perkongsian maklumat dan panduan kepada semua Fakulti dan PTJ dalam urusan penjanaan pendapatan.

Sekian, terima kasih

‘Ilmu dan Akhlak’

 

PROF. DR. AHMAD SHUKRI BIN YAZID
Pengarah
(Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri)