Konvokesyen EMEBI 2022

313416453 447994780839629 4407768283341847510 n

Majlis Konvokesyen Executive Master in Entrepreneurship and Business Innovation (EMEBI) UniSZA yang berlangsung pada 3 November 2022, di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak. Seramai 18 graduan menerima EMEBI yang disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof Dr. Fadzli bin Adam.

EMEBI telah dibangunkan selaras dengan visi dan misi UniSZA dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) untuk terus mengembangkan bakat keusahawanan dalam kalangan usahawan Bumiputera. Oleh yang demikian, pihak kami telah bekerjasama dengan rakan strategik kami Institute of Advisors (IOA), Australia bagi membantu menyediakan kandungan program bertaraf dunia. Institute of Advisors (IOA), yang berpusat di Sydney, Australia merupakan syarikat penyedia kandungan terkemuka dalam pembangunan program inovatif terbaik yang menggabungkan teknologi terkini dengan struktur kursus praktikal yang inovatif.

Matlamat akhir program EMEBI ini adalah bertujuan melengkapkan usahawan, pengurus perniagaan dan pelajar bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka, untuk memperoleh pengetahuan dan asas keusahawanan yang kukuh dalam menjalankan perniagaan mereka. Selain itu, program ini akan meningkatkan kredibiliti dan keyakinan para usahawan untuk mendepani cabaran dunia keusahawanan yang serba mencabar pada masa kini.

 Tahniah diucapkan kepada semua graduan dan keluarga.