Majlis Menandatangani MoU Bersama World Business Affairs dan MyClass Technologies SDN BHD

DSC 7466 1 

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM BERSAMA WORLD BUSINESS AFFAIRS DAN MYCLASS TECHNOLOGIES SDN BHD

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara UniSZA dengan dua agensi dan empat industri telah diadakan pada hari ini bertempat di UniSZA@Putrajaya.

Jalinan kerjasama melalui MoU telah diadakan antara UniSZA dengan World Business Affairs Sdn. Bhd., Spiro Plastic Industries Sdn. Bhd., Wentec Engineering Sdn. Bhd., DSA Dynamics (M) Sdn. Bhd. dan Lestari Aero Industries Sdn. Bhd., manakala jalinan kerjasama melalui MoA telah dimeterai bersama MyClass Technologies Sdn. Bhd.

Bagi pihak UniSZA, MoU dan MoA tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor) dan YBrs. Encik Ismail bin Musa (Pendaftar).

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa), YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi), YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan), YBrs. Prof. Ts. Dr. Saiful Bahri bin Mohamed (Dekan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi) dan YBrs. Prof. Madya Dr. Fakhrul Anwar bin Zainol (Pengarah Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan & Jaringan Industri) UniSZA.

#SejahteraIPT
#KPTPrihatin
#MenangBersama
#KeluargaMalaysia
#KeluargaUniSZA
#IlmuDemiFaedahInsan