Director's Message

 bismillah

fakhrulanwar 1000 199x300

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung laman web Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri. Laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan fungsi utama sebagai pusat janahasil UniSZA.

Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan dan Jaringan Industri merupakan pusat yang dipertanggungjawabkan untuk menjana pendapatan menyumbang kepada peningkatan hasil UniSZA. Pelbagai projek jana hasil yang diurus tadbir oleh P4P diantaranya penjanaan pendapatan daripada program akademik fomal, program akademik tidak formal, projek perundingan, projek no. plat, projek khas dan sewaan.

Program-program yang dijalankan  secara tidak langsung dapat membina hubungan luar serta turut membantu menaiktaraf ekonomi komuniti setempat yang boleh menjana pendapatan untuk memenuhi keperluan asas mereka dan seterusnya dapat  menyumbang ke arah  pengiktirafan  UniSZA di persada dunia.

Semoga laman web ini dapat menjadi sumber rujukan yang bermanfaat kepada semua pengunjung. Pihak kami berbesar hati untuk menerima sebarang maklum balas ataupun cadangan bagi memastikan laman web ini kekal menjadi satu platform penyaluran maklumat yang berkualiti dan berinformasi.

Sekian, terima kasih.

PROF. MADYA DR. FAKHRUL ANWAR BIN ZAINOL
PENGARAH PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN PENDAPATAN, PELABURAN DAN JARINGAN INDUSTRI (P4P)